
Thursday, January 1, 2009
Mimpi...

Monday, December 29, 2008
Org yg mencintai kamu...

> 1.. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.
> 2.. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
> 3.. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
> 4.. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
> 5.. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
> 6.. Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
> 7.. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
> 8.. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
> 9.. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin me min jam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar me min ati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
> 10.. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
> 11.. Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
> 12.. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
> 13.. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
> 14.. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
> 15.. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'
> 16.. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
> 17.. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.
Sunday, December 28, 2008
Kenapa Wanita Menangis...
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
Saturday, December 27, 2008
Happy New Year....
Actually, aku ngah bohsan ni...tatau nk bt pe...da la cuti panjang...sakit tul ati ni...kl la aku tau nk ada cuti pjg ni...tak hingin aku blk cni...sia2 je aku blk awl....yg Yana plak best je c cuti2 Malaysia ngan family dia....jeles tul aku.....tp takpe aku da bg mission kt dia time dia g langkawi....tempat tumpah ilmu aku...kekeke
YANAAAAAA........balik laaaaaa.....aku bohsan ni...takde teman nk gado.....waaaaaaaaaa
Tuesday, September 23, 2008
Everything...
You are the strength, that keeps me walking.
You calm the storms, and you give me rest.
How can I stand here with you and not be moved by you?
Cause you're all I want, You're all I need
And How can I stand here with you and not be moved by you?
Would you tell me how could it be any better than this?
Monday, September 22, 2008
Kisah 'teddy bear'...

Dulu ada sekor teddy bear. Nama dia, erm...ntah la, dia pon tak tau pe nama dia. Teddy bear ni ada sorang tuan. Nama dia, erm...tak payah la tau
Menurut tuan teddy bear ni, dia sangat sayangkan teddy bear ni. Bila dia ada masalah, dia slalu mengadu kat teddy bear ni. Bila dia gembira dia mesti peluk dan cium teddy bear ni. Bila dia sedih, dia akan menangis kat teddy bear ni. Bila dia rasa marah, dia mesti cari teddy bear ni. Tuan teddy bear ni slalu kata...teddy bear ni la satu-satunya tempat yang dia boleh mengadu. Teddy bear la pengubat hati dia bila dia sedih dan bila dia rasa nak marah dia akan pegang teddy bear dan rasa marah tu akan hilang. Bila dia rindu kat seseorang, ida akan peluk teddy bear kuat-kuat, sampai kadang-kadang teddy bear tak ble bernafas.
Teddy bear tau, yang tuan tedy bear sangat sayangkan teddy bear. Teddy bear pon sangat sayang kat tuan dia. Hari-hari dia menjerit kat dalam hati yang dia sangat sayangkan tuan dia. Tapi apa nak buat, dia hanyalah taddy bear, tak ada sape pon yang dengar tangisan dia. Termasuk la tuan teddy bear. Walaupon tuan teddy bear slalu kata yang teddy bear ni da jadi sebahagian dari hidup dia, dia tetap tak mampu nak dengar segala rintihan hati teddy bear.
Sekarang teddy bear da tak sebahagia dulu. Hari-hari dia menangis. Kalau la dia boleh bercakap. Kalau la tuan teddy bear boleh dengar pe yang terbuku kat dalam hati teddy bear.
Sekarang hidup teddy bear sangat merana. Tuan teddy bear da jarang sembang dengan dia. Tuan teddy bear da tak peluk dia cam dulu. Tuan teddy bear da tak cari teddy bear bila dia sedih. Tuan teddy bear da tak pegang teddy bear kalau dia marah. Tak pe la...teddy bear faham...mungkin teddy bear ada buat salah kat tuan teddy bear. Mungkin teddy bear ada sakitkan hati tuan teddy bear. Mungkin jugak tuan teddy bear penat seabab banyak keje, sebab tu dia jarang ada masa untuk teddy bear skang ni. Mungkin jugak tuan teddy bear da jemu main ngan teddy bear, sebab teddy bear da tak comel cam dulu....mungkin.
Tak lama pastu, semua kemungkinan akhirnya terjawab. Tuan tedy bear da ada teddy bear baru, lagi comel dari teddy bear, lagi sedap di bawa tido, sebab teddy bear da tak best, da la comot, busuk plak tu...takpe teddy bear faham. Tuan teddy bear memang patut ada teddy bear baru, sebab sekurang-kurangnya, teddy bear baru ble buat tuan teddy bear lagi ceria, tuan teddy bear ble main dengan teddy bear baru sepuas-puas hati. Teddy bear ta kisah, dia tau dia da tak mampu nak cariakan tuan dia cam dulu lagi. Sekurang-kurangnya, mungkin dia pon ble ada kawan baru....
Tapi....semua harapan teddy bear musnah. Sebab satu hari ni, tuan teddy bear letak teddu bear kat dalam satu bilik ni. Bilik tu da la gelap, sejuk plak tu. Teddy bear tak tau la da berapa hari da dia duk kat dalam bilik gelap ni. Teddy bear takut. Teddy bear nak tuan teddy bear. Teddy bear nak main dengan tuan teddy bear. Kenapa tuan teddy bear letak teddy bear kat dalam bilik ni? Teddy bear ada buat salah ke? Kalo teddy bear buat salah bagi tau la....jangan buat teddy bear macam ni....teddy bear takut.
Semenjak hari tu, hari-hari teddy bear menangis dan berdoa. Teddy bear harap sangat tuan teddy bear maafkan teddy bear dan datang keluarkan teddy bear dari bilik ni. Teddy bear rindukan tuan teddy bear. Kadang-kadang teddy bear ingatkan diri teddy bear yang tuan teddy bear akan datang ambik teddy bear dari bilik ni sebab tuan teddy bear sayangkan teddy bear. Nanti bila dia rindukan teddy bear, dia mesti datang ambik teddy bear. Teddy bear tau...tuan teddy bear mesti akan ambik teddy bear balik. Takpe la biar la teddy bear terus menanti dan menanti......






